Kerajaan Madani tambah elaun tajaan JPA RM100

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

“KERAJAAN Madani setuju tambah RM100 setiap bulan, belanjalah dengan berhemah, jangan hisap vape”, nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menambah RM100 kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di dalam negara mengikut peringkat pengajian.

Menurut Anwar, kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan 15 peratus kadar ESH bagi pelajar tajaan JPA di luar negara kecuali kepada pelajar Ijazah Pertama di United Kingdom (UK) yang telah dinaikkan pada 7 November lalu.

“Kenaikan kadar ESH ini melibatkan pertambahan implikasi kewangan dengan anggaran sebanyak RM52.03 juta bagi tempoh enam bulan mulai Julai 2023 yang akan memanfaatkan 43,595 orang pelajar tajaan JPA.

“Kenaikan kadar ESH ini merupakan salah satu usaha Kerajaan bagi menangani kenaikan kos sara hidup yang tinggi khususnya pelajar-pelajar B40 yang tinggal di bandar- bandar besar negara pengajian,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Program Cakna Madani bersama Pelajar-Pelajar Tajaan JPA di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca juga: Jangan beri peluang untuk Selangor dirampas – Anwar

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Cakna Madani bersama pelajar-pelajar tajaan JPA di institusi pendidikan tinggi yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datul Seri Khaled Nordin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Mohd Ali; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datul Dr Zulkipli Mohamed dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Program Cakna Madani dihadiri lebih 2,500 pelajar tajaan JPA daripada universiti awam dan swasta itu turut disertai mahasiswa yang belajar di 11 negara luar, secara dalam talian.

Program berkenaan bertujuan menyantuni pelajar tajaan JPA atas dasar ihsan Madani, selain berkongsi aspirasi dan hala tuju program Malaysia Madani serta masa depan Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ismael Saibari jadi wira, Maghribi kecewakan Belanda langkah ke pusingan 16

MAGHRIBI meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2026 selepas berjaya menewaskan Belanda 3-2 dalam penentuan sepakan penalti,...

More Articles Like This