“Kaji semula fakta” – Sejarah Kedah tidak sepatutnya dipadam selepas pembentukan Malaysia – Titah Sultan

Dari Penulis

PEMBENTUKAN Malaysia tidak sepatutnya menjadi titik yang membenarkan sejarah Kedah yang wujud sejak sekian lama dipadamkan, titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Baginda bertitah, perbincangan mengenai sejarah Kedah di pelbagai platform mulai subur sejak akhir ini di segenap lapisan masyarakat, terutamanya membabitkan kedudukan negeri itu dan Pulau Pinang.

Berikutan itu baginda menegaskan, adalah tidak wajar sekiranya suara rakyat negeri itu didiamkan terutama membabitkan sejarah dan kedaulatan Kedah.

“Adalah lebih baik sekiranya fakta ini dikaji secara ilmiah dan lebih tersusun supaya dapat dijadikan rujukan serta membawa kebaikan kepada generasi akan datang.

“Hal ini adalah kerana sejarah adalah sumber kebijaksanaan terpenting dalam mengajar kita seni bernegara.

Berita Harian melaporkan, bagaimanapun, perbincangan mengenai perkara ini harus disulami dengan fakta yang berasas dan tepat,” titah baginda.

BERITA BERKAITAN Sanusi imbau sejarah Kedah, Pulau Pinang – ditipu Inggeris, rakyat menderita

Baginda bertitah demikian sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-81 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, , semalam.

Sultan Sallehuddin bertitah, perkara itu dilihat sebagai satu perkembangan yang baik bagi menarik minat rakyat mendalami sejarah sebenar Kedah dan Pulau Pinang yang tidak boleh dinoktahkan secara melulu.

Beginda bertitah, hakikat bahawa Pulau Pinang hanyalah dipajak juga perlu diperjelaskan secara terang berlandaskan fakta dan tanpa prejudis.

“Perjuangan menjaga hak dan kedaulatan negeri kini bukan lagi di medan perang sebagaimana yang dilakukan oleh pahlawan negeri terdahulu. Medan perjuangan kini adalah di meja rundingan dan melalui tinta tulisan.

“Namun begitu, keberanian yang ditunjukkan oleh pahlawan terdahulu sebagaimana yang telah terpahat dalam lipatan sejarah Perang Musuh Bisik pada kurun ke-19 harus dicontohi dan dihayati oleh generasi masa kini,” titah baginda.

Baginda turut bertitah, peristiwa lampau sudah meletakkan negeri dalam keadaan yang sukar dan terpaksa bersetuju dengan perjanjian berat sebelah yang harus dijadikan pedoman serta peringatan supaya semua pihak lebih berhati-hati dalam bertindak dan berurusan.

Baginda turut berharap sejarah Kedah terus dihayati oleh semua pihak kerana ia cukup bernilai tinggi selain ianya tidak boleh dibeli melainkan ‘ditempa dengan darah dan air mata’.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Agong titah KP SPRM laksana amanah penuh integriti

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim...

More Articles Like This