LRA Tok Bali diumum PM bukan projek baharu, sekadar ubah nama

Dari Penulis

BEKAS Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Tok Bali bukanlah projek baharu sebaliknya hanya meneruskan projek sedia ada dengan perubahan nama.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Pas berkata, pembinaan loji yang sebelum ini dinamakan LRA Semarak hanya meneruskan apa yang telah dilaksanakan oleh pihak KASA ketika beliau menerajuinya.

Menurutnya, tiada perkara baharu dalam pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bagi mengatasi masalah bekalan air di Kelantan.

“Saya menyambut baik pengumuman PMX (Perdana Menteri Ke-10) untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan sebagaimana yang diumumkan.

“Alhamdulillah, demi kesejahteraan dan kebaikan, ia sememangnya wajar diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, penamaan LRA Semerak ketika itu dibuat kerana ianya dibina ditepi Sungai Semerak dan di atas tanah milik JPS Semerak.

“InsyaAllah saya yakin projek LRA akan siap sebagaimana jadual dan akan memberikan kebaikan untuk rakyat,” katanya.

Anwar semalam mengumumkan kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM500 juta bagi mengatasi masalah bekalan air di Kelantan.

Katanya, peruntukan itu bagi menyegerakan pembinaan LRA Tok Bali dan penggantian paip di Bachok.

Menurutnya, peruntukan itu adalah sebahagian daripada peruntukan sebanyak RM1.7 bilion yang diumumkan sebelum ini untuk menyelesaikan masalah air.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis buru lelaki curi beg penuntut dalam masjid di Alor Gajah

POLIS sedang giat memburu seorang lelaki yang disyaki mencuri beg milik seorang penuntut universiti tempatan dalam ruang solat wanita...

More Articles Like This