PELANTIKAN Tan Sri Razarudin Husain sebagai Ketua Polis Negara diharapkan dapat memperkukuhkan lagi hubungan dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhubung jenayah atas talian.
Menterinya, Fahmi Fadzil pada masa sama mengucapkan tahziah di atas pelantikan tersebut.
“Tahniah buat Tan Sri Razarudin Husain dan Datuk Seri Ayob Khan Mydin Khan di atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara.
“Semoga kerjasama antara pihak KKD dan PDRM dalam isu jenayah atas talian dapat dikukuhkan lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: PM doakan Agong, Permaisuri peroleh haji mabrur
Terdahulu, Razarudin dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu selama dua tahun berkuat kuasa Jumaat ini sehingga 22 Jun 2025.
Perkara itu diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan hari ini.
Razarudin menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang menamatkan perkhidmatan lebih awal pada minggu pertama Julai.
Beliau sebelum ini menggalas jawatan Timbalan Ketua Polis Negara pada Disember 2021 sebelum khidmat dilanjutkan secara kontrak selama dua tahun sehingga 15 Mac 2025.
Menurut Saifuddin Nasution, pelantikan Razarudin telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

