Belanja duit untuk pakaian, Izzue Islam pernah dikecam kerana pakai baju yang sama dalam ‘event’ berbeza

Dari Penulis

SELAKU selebriti terkenal, pelakon dan pengacara, Izzue Islam akui banyak berbelanja membeli pelbagai pakaian untuk sebarang majlis atau penggambaran.

Ujar Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, dia juga pernah dikritik oleh netizen kerana memakai baju yang sama sekaligus membuatkan dia terasa hati.

“Saya pernah kena kecam sebab pakai baju yang sama untuk drama, majlis, sampaikan orang sekeliling tanya ada baju lain atau tidak, bila fikir balik, ada betulnya persoalan itu.

“Saya tidak rasa terlalu tertampar, pedihnya ada, tapi tak terkesan sangat pun tapi ada betulnya sebab sebagai selebriti kena nampak bagus, segar, baju tu tak ada pun sebenarnya.

“Saya ambil komen itu jadikan perkara positif saja, orang nak tengok kita dari segi fesyen yang berlainan,” ujarnya kepada URTV.

Simpan duit sehingga 70 peratus dari gaji bulanan

Pelakon drama Cita dan Cinta itu akui isterinya, Awin Nurin, banyak mengajar dirinya untuk menyimpan hasil pendapatan yang diperoleh sebelum mereka berkahwin lagi.

Katanya, setakat ini, dia menyimpan sebanyak 70 peratus daripada gaji bulanan dan baki 30 peratus untuk membayar asas kehidupan bulannan.

“Gaji saya tak menentu tapi saya simpan 70 peratus daripada gaji bulanan. Saya bermula simpan sebegitu sejak 10 tahun yang lepas, walaupun sebelum berkahwin, isteri saya yang banyak ajar saya waktu itu, bagi saya, lelaki kena ada tanggungjawab menyimpan tu.

“Masa tu isteri saya dah kerja dulu, dan saya baru nak mula kerja. Dia ajar saya untuk jangan beli benda yang tak perlu, benda yang boleh pakai banyak kali, pakai saja dulu dan dia banyak mengajar saya untuk penampilan saya di hadapan orang ramai,” katanya.

Pelakon telefilem Wakaf Dosa itu juga berkongsi perkara di sebalik pekerjaannya yang tampak mewah seperti yang dipaparkan menerusi sosial media miliknya.

“Netizen kat media sosial memang nampak hidup mewah, masa tu saja nampak. Kadang-kala kita punya gaji lambat masuk, jadi pentingnya untuk ada simpanan, kalau tak memang akan sakit. Bab emas, memang isteri saya simpan,” katanya.

Syukur ada isteri seperti Awin Nurin

Pelakon filem Hantu Kapcai itu akui tidak pernah memberikan hadiah hari jadi kepada isterinya kerana dia menghormati pendirian suri hatinya itu tidak suka sambutan besar-besaran.

Dalam pada itu, pelakon drama Risik Pada Hati juga bersyukur dikurniakan isteri yang tidak meminta-minta dan hanya mereka berdua sahaja yang tahu cara menghargai gaya bahasa cinta masing-masing.

Izzue berkongsi perkara itu ketika ditemui di M8 Pushbike Championship 2023 yang terletak di sebuah pusat membeli-belah, Kota Damansara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This