Kerajaan negeri sementara tak boleh umum projek, keputusan penting

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN-kerajaan negeri di Kelantan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Terengganu diingatkan supaya tidak mengumumkan apa-apa projek baharu atau keputusan penting selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menegaskan, ini kerana kerajaan di enam negeri itu hanyalah kerajaan sementara selepas pembubaran DUN.

Menurut Bersih, fungsi kerajaan sementara adalah untuk memastikan operasi asas kerajaan berjalan sehingga kerajaan baharu dibentuk.

Justeru, katanya, kerajaan sementara ini perlu berhenti daripada membuat keputusan penting atau mengumumkan sebarang projek-projek baharu.

“Sebarang keputusan atau pengumuman baharu secara demokratiknya adalah salah serta meragukan dari sudut undang-undang kerana mereka tidak mempunyai kuasa selain penjaga sementara.

“Pejabat setiausaha kerajaan-kerajaan negeri perlu mengeluarkan satu garis panduan kerajaan sementara sebagaimana yang telah dilakukan di peringkat Persekutuan.

Baca artikel berkaitan: DUN Terengganu dijangka bubar esok

“Apa-apa projek kerajaan-kerajaan negeri yang bakal atau telah terbubar ini mahukan hanya boleh dijanjikan di dalam manifesto mereka dan tidak boleh diumumkan sebagai satu ketetapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Bersih turut menggesa rakyat Malaysia memantau dan mendesak semua kerajaan negeri yang bakal terbubar untuk menghormati asas demokrasi.

“Sekiranya salah laku dibenarkan kerana bias politik, maka semua parti akan berlumba-lumba ke arah keburukan dengan membentuk undang-undang untuk memenangi pilihan raya menerusi mengorbankan kepentingan awam,” katanya.

Setakat ini, DUN Kelantan telah dibubarkan pada 22 Jun manakala DUN Selangor sehari selepas itu.

Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang dijangka membubarkan DUN masing-masing esok.

DUN Negeri Sembilan pula dijangka dibubarkan pada 30 Jun.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This