Tragedi kepala air: Identiti mayat ketujuh dikenal pasti

Dari Penulis

Polis mengesahkan mayat yang ditemukan pagi ini sebagai Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, seorang daripada 10 mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata identiti mangsa dikenal pasti selepas pengecaman oleh waris.

“Mayat dijumpai 24 kilometer (km) dari lokasi kejadian iaitu di sektor B di belakang Masjid Kampung Dadong, di sini oleh penduduk kampung, 7.45 pagi tadi. 

“Tujuh mayat telah ditemukan setakat ini dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan bagi mengesan tiga lagi mangsa,” katanya ketika ditemui hari ini. 

Hanyan berkata mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

Setakat semalam, enam mayat yang ditemukan dan dikenal pasti identitinya ialah Karim Abdullah, 39; Azizah Eiyi, 40; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Mangsa yang masih hilang ialah Putri Alleya Maisarah Karim, 16, Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24. 

Dilaporkan Karim dan Azizah bersama tujuh anak mereka serta Muhammad Fikri yang juga tunang kepada Putri Balqis Izzati pergi berkelah di jeram berkenaan pada Sabtu sebelum hilang dihanyutkan kepala air. 

— BERNAMA

Tuesday , 04 July 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MARA perluas warden bekas tentera ke semua MRSM – Asyraf Wajdi

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) akan melaksanakan pengambilan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua 58 Maktab...

More Articles Like This