“Saya menyesal dan ambil pengajaran” – Zulhairi mohon maaf secara terbuka kepada Shuib

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

INDIVIDU yang memfitnah Shuib iaitu Zulhairi Othman,35, membuat permohonan maaf kepada pelawak dan penyampai radio itu.

Luah Zulhairi, dia akui menyesal kerana menyebarkan perkara yang tidak benar tentang kematian isteri Shuib, Allahyarham Siti Sarah sehingga mencetuskan polemik di media sosial.

“Saya benar-benar minta maaf kepada Shuib atas khilaf yang datang daripada pihak saya sendiri.

“Saya menyesal dan ambil pengajaran serta tanggungjawab atas tindakan saya. 

“Sebenarnya saya hanya sebarkan tulisan tersebut daripada pengguna lain tapi silap saya sebab tak bagi kredit kepada penulis asal.

“Saya terlalu mengikut emosi dan tidak berfikir panjang waktu itu. Tak menyangka rupanya ramai yang mengulang siar status dimuat naik,” katanya kepada URTV.

Pelakon dan Pelawak terkenal, Shuib mengadakan sidang media bersama pengguna media sosial, Zulhairi Abu Osman berkenaan isu kematian Allahyarhamah Siti Sarah yang dikaitkan dengan agenda Freemason di Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Tambah Zulhairi, disebabkan tindakannya yang terlalu beremosi dan tidak fikir panjang, ia sekaligus memberi impak negatif terhadap keluarganya.

“Saya sedar orang yang saya hentam bukan biasa-biasa, jadi saya memang takut ia memberi impak pada pekerjaan dan keluarga saya.

“Isteri memang marah dan membebel perbuatan yang saya lakukan,” ulasnya.

Dalam pada itu, Zulhairi yang merupakan pekerja swasta turut menasihatkan orang ramai untuk menjadikan kisahnya sebagai iktibar.

“Nasihat saya hentikanlah perbuatan suka memberi komen seperti saya.

“Dulu saya pun degil macam anda semua, bila sudah kena pada diri sendiri barulah saya menyesal,” jelasnya.

Zulhairi juga mendedahkan tidak pernah mengenali Shuib atau arwah isterinya, Siti Sarah secara dekat.

“Saya tak kenal kedua-duanya. Saya peminat Sepahtu. 

“Saya tak fikir panjang dan selepas menyebarkan komen tersebut saya sendiri rasa bersalah dan bertanggungjawab kerana ia sangat melampau,” katanya.

Terdahulu, Shuib mendedahkan hantaran Facebook tindakan seorang individu  mengaitkan dia dengan Freemason dan mendakwa Siti Sarah dipaksa untuk ditidurkan ketika dijangkiti Covid-19 sebelum meninggal dunia dua tahun lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This