‘Saya tahu ahli politik boleh temberang tapi pengundi Selangor berpaksi fakta’, kata Rafizi

Dari Penulis

“SAYA tahu pengundi di Selangor tahu ahli-ahli politik ini tidak kiralah saya, Amir (Datuk Seri Amirudin Shari), Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) atau Zuraida (Datuk Zuraida Kamaruddin) boleh temberang.”

Itu kata Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan, malam tadi.

Bagaimanapun, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi menegaskan, beliau yakin pengundi terutama di Selangor membuat keputusan berdasarkan fakta apatah lagi kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) telah mentadbir sebaiknya.

Menurut Rafizi, rakyat Selangor cukup faham bahawa nilai sebenar pentadbiran terletak kepada pemahaman dan kepemimpinan yang dekat dengan nadi rakyat, bukan diletak kepada hebat atau cerdik berceramah.

“Saya tahu. Saya pernah berada di tempat saudara saudari, di luar politik.

“Saya pun kadang-kadang tengok semasa saya tiada dalam politik empat ke lima tahun lepas, saya kata mereka ini temberang sahaja.

“Tetapi saya tahu rakyat Selangor juga telah ada pengalaman melalui proses menukar kerajaan.

“Rakyat Selangor boleh memilih untuk tolak tepi TikTok dan sentimen kerana akhirnya kita kena berpaksikan keputusan kita kepada perkara berfakta, ilmiah dan hakiki,” katanya dalam ceramah itu.

Baca artikel berkaitan: PRN serentak di 6 negeri langkah tepat, manfaat banyak pihak

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan turut yakin bahawa PH dan Kerajaan Perpaduan akan terus diberi amanah untuk mentadbir negeri Selangor.

Katanya, semua pengundi terutama di Selangor akan dapat membezakan prestasi, perancangan dan iltizam ditampilkan Kerajaan Perpaduan berbanding ‘sembang’ Perikatan Nasional (PN) dahulu.

Malah, beliau juga meluahkan keyakinan bahawa PH mampu memperoleh kemenangan dengan majoriti yang besar.

“Saya yakin rakyat Selangor tak berpegang kepada emosi. (Pengundi) akan membandingkan bahawa memang betul pelaburan masa hadapan yang direncana Kerajaan Perpaduan akan mengambil sedikit masa untuk membuahkan hasil.

“Pengundi tahu mereka (Kerajaan Perpaduan) ada rancangan dan ia sedang berlaku. Hasil sedang berlaku tiap-tiap bulan dan apabila mereka bandingkan prestasi PN selama 33 bulan, saya yakin mereka tahu PN sembang sahaja,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This