Nadeera muncul juara Big Stage musim kelima, bawa pulang RM100,000

Dari Penulis

PENYANYI Nadeera Zaini diangkat sebagai juara Big Stage musim kelima (BS5) sekaligus menepati ramalan orang ramai.

Nadeera atau Farah Nadeera Zaini,30, mencatatkan markah sebanyak 68.39 peratus dan melayakkan dirinya membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000 serta trofi kemenangan.

Tempat kedua pula menjadi milik peserta dari Indonesia iaitu Waode (64.25 peratus) dan memenangi wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi.

Manakala Putera Muhammad (64.19 peratus) berada di tempat ketiga dengan wang kemenangan bernilai RM25,000 serta trofi.

Peserta dari Korea Selatan iaitu Hoondoo pula berada di kedudukan keempat (61.60 peratus) yang membawa pulang RM15,000,

Aufahanie (54.61 peratus) dan Puteri Khareeza (49.58 peratus) masing-masing berada di tempat kelima dan keenam. Mereka membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi.

Big Stage 5 dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose. Ia turut membariskan barisan juri profesional iaitu Ajai dan Aina Abdul, manakala kerusi jemputan pula menyaksikan kehadiran Datuk Ramli MS.

Diacarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu dan ditayangkan di Astro Ria (104), setiap Ahad pukul 9 malam.

Pelakon dan pengacara, Jihan Muse bertindak sebagai Presiden Netizen.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This