POLIS Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM7.4 juta dalam dua operasi yang dilakukan di sekitar Lembah Klang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, seorang lelaki warga tempatan berusia 44 tahun berjaya ditahan dalam serbuan pertama yang dilakukan pada 5 Julai lalu.

Jelas beliau, lelaki tersebut dipercayai terlibat dengan aktiviti dadah bagi pasaran tempata.
“Hasil serbuan yang dilakukan, JSJN telah merampas dadah yang dianggarkan bernilai RM1.62 juta.
“Dadah yang dirampas itu adalah jenis methamphetamine seberat 46.4 kilogram (kg) dan ketamin seberat 1.5 kg,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Baca juga: KDN, AADK diberi tiga bulan koordinasi usaha bendung dadah
Mengulas lanjut, Mohd Kamarudin berkata, serbuan kedua yang dijalankan pada 6 Julai, dua lelaki warga tempatan masing-masing berusia 38 dan 47 tahun berjaya ditahan pihak polis.
Katanya, dalam serbuan tersebut, polis berjaya merampas dadah yang dianggarkan bernilai RM5.8 juta.
Jelas beliau, dadah yang dirampas adalah methamphetamine seberat 169.4 kg dan pil yaba seberat 4.8 kg.
“Jumlah keseluruhan rampasan dadah dalam kedua-dua operasi ini adalah methamphetamine seberat 215.7 kg, ketamin seberat 1.5 kg dan pil yaba seberat 4.8 kg.

“Jumlah keseluruhan rampasan dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai lebih sejuta orang penagih,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

