PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Cabang PKR Padang Besar, Allahyarham Amran Kamarudin yang meninggal dunia, malam tadi.
Beliau yang juga Presiden PKR mendoakan, agar roh Allahyarham yang juga bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Perlis, ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
“Jasa dan pengorbanan Allahyarham kepada KEADILAN di Perlis akan sentiasa dikenang buat selamanya. Al-Fatihah,” katanya menerusi catatan di Facebook, hari ini.
Media melaporkan, Amran meninggal dunia kira-kira 11.10 malam tadi di kediamannya di Kangar.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Amran tewas dalam pertandingan tiga penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mata Ayer, Perlis.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

