TIGA lelaki berusia dalam lingkungan 32 hingga 61 tahun dicekup selepas dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah bagi pasaran tempatan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, tangkapa itu dibuat menerusi empat serbuan di sekitar Cheras, Kuala Lumpur dan Klang pada 13 Julai lalu.

Menurut beliau, hasil daripada serbuan tersebut, pihaknya berjaya merampas dadah yang dianggarkan bernilai RM14.4 juta.
“Antara dadah yang dirampas adalah methamphetamine (56 kg), ketamin (20 kg) dan ekstasi (154.3 kg).

“Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah menjadikan premis kediaman dan rumah kedai sebagi tempat simpanan dadah sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan.
“Saringan awal polis terhadap ketiga-tiga suspek mendapati mereka negatif dadah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Baca juga: Berang dituduh ambil dadah, lelaki bakar isteri hingga mati
Mengulas lanjut, Mohd Kamarudin berkata, semakan rekod jenayah mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod lampau bagi kes jenayah dan dadah.
Katanya, bekalan dadah yang dirampas itu dipercayai diseludup masuk dari negara jiran dengan menggunakan jalan darat.
Beliau menambah, JSJN turut mengambil tindakan untuk menyita aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM389,166.
Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan suspek direman selama tujuh hari bermula 14 hingga 20 Julai bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

