LEBIH 1,000 penyokong Perikatan Nasional (PN) berkumpul di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Alor Setar untuk menyambut ketibaan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, hari ini.
Kebanyakan penyokong berhimpun seawal 3 petang lagi bersama isteri Menteri Besar, Tok Puan Jusmalailani Jusoh bagi menyambut Muhammad Sanusi yang baru pulang dari Kuala Lumpur selepas didakwa di mahkamah pagi ini.
Turut hadir barisan kepemimpinan negeri termasuk EXCO Kesihatan, Datuk Dr Mohd Hayati Othman; EXCO Penerangan, Datuk Wan Romani Wan Salim dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ahmad Yahaya.

Muhammad Sanusi yang kemudian dilihat berpelukan dan bersalaman bersama penyokong sebelum menaiki kenderaan rasmi bersama isterinya, Tok Puan Jusmalailani Jusoh untuk pulang ke kediaman Menteri Besar di Seri Mentaloon.
Muhammad Sanusi tiba pada 4.30 petang dengan menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Muhammad Sanusi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang pagi tadi, atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

