Janin bayi ditemui di loji kumbahan pangsapuri di Inanam

Dari Penulis

Janin bayi yang masih bertali pusat ditemukan di loji kumbahan sebuah pangsapuri di Inanam dekat Kota Kinabalu, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata janin bayi itu ditemukan oleh seorang pekerja pembersih kumbahan ketika ingin membuat pembersihan loji terbabit pada kira-kira pukul 9.30 pagi, sebelum melaporkan kejadian berkenaan.

Berdasarkan siasatan awal, Mohd Zaidi berkata pekerja kumbahan itu terlihat satu objek yang pada awalnya disangka anak patung di dalam sangkar perangkap sampah.

“Pekerja itu kemudian mengangkat sangkar tersebut dan mendapati ia adalah janin bayi dan bertindak mengeluarkannya kerana bimbang akan dihanyutkan arus deras air kumbahan sebelum memaklumkan hal tersebut kepada penyelia serta membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata pihak Jabatan Kecemasan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah telah membuat pemeriksaan awal dan mengesahkan janin bayi berkenaan sudah tidak bernyawa.

Menurutnya, jantina bayi tidak dapat dipastikan, namun berkemungkinan ia adalah bayi lelaki.

Katanya, mayat janin berkenaan telah dihantar ke unit forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi Inspektor Hatikah Ahmad di talian 016-8337243.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

Tuesday , 18 July 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This