Johor umum cuti hari ini selepas JDT muncul juara Piala FA

Dari Penulis

JOHOR mengumumkan esok sebagai cuti peristiwa untuk negeri itu susulan kejayaan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala FA 2023 selepas mengalahkan Kuala Lumpur City FC 2-0 malam ini.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pengumuman kerajaan negeri adalah sebagai menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar susulan kejayaan JDT mempertahan kejuaraan tahun lepas dengan penuh gaya. 

Beliau berkata kemenangan skuad Harimau Selatan malam ini merupakan yang kedua untuk 2023 selepas menjuarai Piala Sumbangsih awal tahun ini dan Piala FA ketiga buat JDT.

“Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas segala perancangan serta usaha berterusan dalam membangunkan JDT menjadi sebuah kelab bola sepak yang disegani di Malaysia dan di rantau Asia.

“Buat semua peminat JDT, teruslah memberikan sokongan penuh dan menjadi pemain ke-12 untuk setiap perlawanan yang akan datang,” menurutnya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi hari ini.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This