TINDAKAN seorang lelaki mahu menyelamatkan kereta yang di parkir selepas terlihat kontena condong berakhir dengan tragedi.
Lelaki itu maut dihempap kontena tersebut di Jalan Datuk Yusof Shahbudin 29A, Taman Sentosa Klang pada petang semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 5.09 petang.
Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati seorang lelaki Cina telah dihempap kontena bersama dengan kereta Perodua Kancil berwarna merah.
“Kontena sepanjang 40 kaki tanpa kepala lori itu telah diletakkan di hadapan kedai bertujuan bagi kerja-kerja pemunggahan barang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa telah meletakkan keretanya bersebelahan dengan kontena tersebut untuk pergi membeli makanan di restoran berdekatan.
Selang beberapa minit kemudian mangsa mendapati kontena tersebut telah condong sedikit lalu bertindak pergi menyelamatkan kenderaannya.
“Bagaimanapun dalam masa yang sama kontena tersebut terbalik lalu menghempap mangsa serta kenderaannya.
“Keadaan tanah yang mendap dan jerlus mengakibatkan kaki kontena tidak stabil lalu terbalik dan menghempap mangsa,” ujarnya.
Hoong Fong berkata, mangsa disahkan maut di lokasi dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi bedah siasat.
Kertas siasatan telah dibuka bagi kes mati mengejut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

