Ahli Pas tanding Bebas dalam PRN akan dipecat

Dari Penulis

AHLI-AHLI Pas yang bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi boleh dikenakan tindakan tegas termasuk dipecat.

Amaran itu disuarakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang seperti dilaporkan Sinar Harian Online, hari ini.

Menurut Abdul Hadi, tindakan ahli Pas bertanding sebagai calon Bebas dianggap melanggar disiplin parti.

“Semua nama (calon) dihantar ke pusat, calon-calon diuruskan oleh dewan ulamak dan kita fikirkan calon mana kita hendak pilih.

“Yang penting disiplin parti (kena) ikutlah, kalau tidak ikut automatik dipecat, kita pecat,” katanya pada program Townhall Bicara Negarawan dan Agamawan Untuk Rakyat Malaysia di Dewan Konvensyen I-City, Shah Alam, malam tadi.

Baca artikel berkaitan: Dewan Pemuda Pas Tasek Gelugor beri amaran kepada Dominic, Bersatu

Semalam, Dewan Pemuda Pas Tasek Gelugor memberi amaran akan memastikan kekalahan kepada calon Perikatan Nasional (PN) sama ada dari Parti Gerakan Malaysia (Gerakan) atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PRN akan datang.

Langkah itu akan dilakukan sekiranya tuntutan Dewan Pemuda Pas Tasek Gelugor itu tidak dipenuhi.

Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Tasek Gelugor, Mohamad Ikhwan Afiq turut memberi amaran kepada Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai agar tidak bertanding di kerusi Melayu di Tasek Gelugor.

“Kami Pemuda Pas Kawasan Tasek Gelugor bersama dengan seluruh jentera akan menggerakkan perarakan besar-besaran calon Bebas di Telok Ayer Tawar dan Permatang Berangan pada penamaan calon 29 Julai nanti,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki pukul bekas isteri di luar balai polis ditahan

SEORANG lelaki ditahan selepas disyaki memukul bekas isterinya dalam sebuah kereta di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi, Kajang,...

More Articles Like This