YBR terima Anugerah Yayasan Tahunan kategori perbankan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) menerima Anugerah Yayasan Tahunan bagi kategori perbankan dalam Majlis Anugerah Kelestarian dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 2023.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, anugerah itu adalah satu pencapaian dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat sepanjang tahun lalu.

Katanya, beliau berharap anugerah tersebut menjadi pembakar semangat untuk YBR terus kekal membantu masyarakat Malaysia yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

Tambah beliau , YBR telah membelanjakan sebanyak RM28.02 juta sebagai peruntukan bantuan pendidikan dan masyarakat bagi sepanjang 2022.

“Pengiktirafan ini merupakan kejayaan buat YBR kerana telah terpilih dan bersaing dengan yayasan-yayasan yang lain.

“Kami akan melipat gandakan usaha serta strategi dalam membantu meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat Malaysia melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga: YBR sediakan perpustakaan digital untuk SM St Michael di Sabah

Penyerahan anugerah yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Mengulas lanjut, Syaiful Rizal berkata, penghormatan yang diberikan itu membuktikan impak positif di atas penglibatan dan komitmen berterusan YBR dalam menyantuni mereka yang memerlukan serta menyuntik semangat untuk terus mengekalkan momentum sedia ada.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan Perpaduan tak bincang untuk adakan PRU lebih awal – Fahmi

KERAJAAN Perpaduan tidak pernah mengadakan sebarang bentuk perbincangan untuk mengadakan pilihan raya umum awal iaitu sebelum berakhirnya penggal Parlimen...

More Articles Like This