PEMENDEKAN tempoh perkhidmatan Dr Haim Hilman Abdullah sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah berikutan laporan prestasi kepimpinan yang dikemukakan Lembaga Pengarah Universiti.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menafikan, kenyataan yang dikeluarkan Haim Hilman berkenaan pemendekan tempoh pelantikannya berkata, laporan prestasi itu dikemukakan melalui surat bertarikh 16 Jun 2022.
Haim Hilman dilantik sebagai Naib Canselor UUM pada 17 Januari 2022 dan dilaporkan perkhidmatannya dipendekkan berkuat kuasa 18 Januari 2023.
“Sebelum keputusan pemendekan diambil, satu jawatankuasa telah ditubuhkan di peringkat KPT bagi meneliti dan menilai laporan yang diterima,” menurut KPT dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Ibu Pejabat PAS dibaling batu, suspek sedang dikenal pasti – KPN
KPT menambah, Haim Hilman dan beberapa pegawai kanan UUM telah dipanggil untuk memberi keterangan menjelaskan perkara-perkara yang telah dibangkitkan bagi mencari kaedah penyelesaian terbaik demi kepentingan bersama.
Sebelum ini, Haim Hilman mendakwa, beliau telah dipendekkan perkhidmatan tanpa sebab dan tidak diberi peluang untuk membela diri.
Haim Hilman, 50, yang merupakan calon Perikatan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra, Kedah membuat kenyataan itu pada program Sembang Santai Calon di kawasan yang ditandinginya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

