PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam hantaran di Facebook, Anwar turut berterima kasih atas sumbangan perwira negara kepada tanah air tercinta.
“Salut saya buat mereka atas keringat yang dicurahkan dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan pertiwi.
“Jasa dan pengorbanan para pejuang sama ada yang masih hidup atau telah pergi meninggalkan kita akan sentiasa dikenang buat selamanya,” katanya dalam hantaran tersebut.
Tarikh 31 Julai setiap tahun diisytihar sebagai Hari Pahlawan sempena tamatnya darurat menentang komunis pada 1960.
Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Anwar berkata, persembahan pantomim semasa Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan 2023, pagi tadi mengenai pengorbanan anggota dan pegawai PDRM semasa insiden serangan hendap pengganas Sulu di Perkampungan Ai Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac 2013 menyentuh hati.
Baca artikel berkaitan: Agong, Permaisuri berkenan sembah kenal balu, waris anggota polis terkorban Op Daulat
Beliau berkata, kebhinekaan persembahan itu telah menggamit hadirin pada sambutan diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.
“Saya dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2023 di Dataran Pahlawan Negara.
“Kendatipun insiden itu telah berlalu 10 tahun lamanya, namun ia tetap memberi kesan kepada rakyat dan negara.
“Saya dan Azizah turut berkesempatan menyantuni isteri dan anak-anak anggota dan pegawai yang terkorban dalam insiden itu.
“Jasa dan pengorbanan pahlawan dan perwira kita, pastinya akan dikenang dalam lipatan sejarah sebagai momen penting dalam memastikan keamanan, keselamatan dan keharmonian negara terus kukuh serta dipertahankan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

