Sanusi mohon maaf tidak hadir ceramah, nafi ‘direhatkan’ atau ‘ada ugutan’

Dari Penulis

DATUK Seri Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf atas ketidakhadiran beliau dalam dua program ceramah politik berturut-turut dan menafikan beliau direhatkan kepimpinan Pas Pusat atau terdapatnya ugutan keselamatan.

Menteri Besar Kedah itu berkata, oleh kerana kesibukan menghadiri beberapa mesyuarat parti di ibu negara menyebabkan beberapa program ceramah untuknya yang dijadualkan sekitar Kedah terpaksa dibatalkan.

Menurutnya, ia tiada kaitan dengan spekulasi mendakwa dirinya ‘direhatkan’ oleh kepimpinan Pas Pusat gara-gara lantang bersuara dalam kempen ceramah pilihan raya negeri (PRN).

“Saya perlu hadir mesyuarat Pas Pusat dan beberapa mesyuarat lain di Kuala Lumpur. Saya pergi dengan kereta dan balik sampai lewat, sudah tentu tidak dapat hadir program yang sepatutnya saya dijadualkan hadir. Mana boleh, kena rehat lah,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Muhammad Sanusi juga menolak andaian pihak-pihak tertentu yang mendakwa beliau mengurangkan aktiviti kempennya disebabkan terdapat ugutan mahupun diberikan arahan mengunci mulut sehingga hari mengundi.

“Semua dakwaan di atas adalah tidak benar,” katanya.

Pada Ahad, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden sebelum mengakhiri Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) bersama MB Kedah di Taman Ria memaklumkan, Muhammad Sanusi dinasihatkan tidak hadir ke ceramah kempen tersebut bagi memastikan keselamatan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu terjamin.

Ahli Parlimen Alor Setar itu mendakwa, Muhammad Sanusi dinasihatkan tidak berada di pentas ceramah berikutan faktor keselamatan bagi mengelak ‘perangkap’ yang dipasang oleh musuh politiknya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Krisis Negeri Sembilan: Semua pihak perlu ikut jalur hukum yang sah – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa semua pihak perlu mengikut jalur hukum yang sah serta menghormati Perlembagaan...

More Articles Like This