PM ucap tahniah kepada qari Malaysia termasuk semua pemenang

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Qari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang dinobat sebagai Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1445H/2023M.

Muhammad Qayyim yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan sejak lahir memenanginya dengan catatan markah 94.96 peratus.

Tempat kedua dimenangi Alireza Bizhaniavval dari Iran yang memperoleh 93.30 peratus, manakala Awang Mohd Zul-Hafiz Awang Tengah dari Brunei Darussalam di tempat ketiga dengan 90.38 peratus.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang lain dalam majlis istimewa, dengan pengurniaan hadiah daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baca artikel lain: 61 SMKA, 228 SABK terlibat Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi – KPM

“Semoga majlis seperti ini bukan sahaja memuliakan al-Quran, malah ianya dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kefahaman melalui mesej yang terkandung dalam al-Quran,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Bagi kategori qariah, peserta Maghribi, Sara Belmamoun muncul johan dengan markah 93.05 peratus, tempat kedua Raudhah Supian Noor dari Indonesia (92.21 peratus) manakala peserta Filipina, Sabaha Pato Salik di tempat ketiga (91.50 peratus).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jentera Pas kawasan ditandingi Bersatu diarah bantu DUN lain

JENTERA Pas yang berada di kawasan ditandingi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

More Articles Like This