PM Anwar hulur sumbangan kepada anak P.Ramlee yang kemalangan

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada anak seniman agung negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sazali yang terlibat dengan kemalangan sehingga dikategorikan sebagai  Orang Kurang Upaya (OKU).

Menerusi catatan di Facebook, penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi petang tadi.

“Baru-baru ini timbul laporan yang memberitakan penderitaan yang merundung saudara Sazali yang merupakan anak kepada seniman agung negara, Almarhum P. Ramlee.

Malang buat beliau tatkala terlibat dengan kemalangan sehingga jatuh dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU) dan tidak lagi punya kekuatan untuk bekerja dan mencari rezeki. Kini isterinya memerlukan perhatian dan rawatan segera dari doktor akibat masalah tulang belakang dan saraf di leher,” katanya.

 Anwar dalam pada itu berharap sumbangan berkenaan dapat meringankan beban yang ditanggung Sazali dan isteri.

“Saya mendoakan urusan rawatan dipermudah serta lekas diberi kesembuhan oleh Allah SWT, insya-Allah,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This