Nik Abduh nafi diketepikan Pas, hanya cerita media

Dari Penulis

BEKAS Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan beliau telah diketepikan daripada Pas selepas digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan tidak tersenarai pada Pilihan Raya Negeri (PRN), baru-baru ini.

Sebaliknya, anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menyifatkan isu tersebut hanya ‘permainan’ media semata-mata.

Memetik laporan Malaysiakini, Nik Mohamad Abduh memaklumkan beliau sekadar berehat daripada kegiatan politik buat sementara waktu.

“Bukan soal diketepikan. Itu (diketepikan Pas) cerita media. Saya yang memohon untuk berundur dari awal dan cerita saya ini bermula daripada saya menarik diri untuk bertanding di Parlimen Bachok atas sebab-sebab yang telah saya jelaskan.

“Jadi dalam dalam tempoh selepas saya tak bertanding itu, Pas ada minta saya bertanding balik. Tapi, saya minta lagi untuk ambil masa, untuk saya uruskan beberapa urusan saya.

Baca artikel berkaitan: Mohd Amar Speaker DUN Kelantan, Nik Abduh dilantik Senator

“Jadi, tak timbul soal saya dipinggirkan kepimpinan parti. Itu hanya kenyataan yang dibuat oleh media sahaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman tawaran PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, di Pejabat PAS Kawasan Bakri, Muar, di Johor hari ini.

Semalam, Nik Mohamad Abduh diumumkan sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Kelantan.

Pencalonan bekas Ketua Pemuda Pas Pusat itu dicadangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassurudin Daud dan disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Yakub.

Pemilihan Nik Mohamad Abduh itu bagi menggantikan Mohd Apandi Mohamad yang tamat tempoh perkhidmatan Julai lalu.

Beliau sebelum ini dikatakan berminat untuk bertanding pada PRN dengan menyasarkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang pernah diwakili bapanya.

Namun, namanya tidak disenaraikan sebagai salah seorang calon Pas-Perikatan Nasional (PN).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This