PERIKATAN Nasional (PN) yakin mampu mengurangkan majoriti diperolehi oleh calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pulai, pada pilihan raya kecil (PRK), Sabtu ini.
Timbalan Pengarah PRK Pulai PN, Mohd Solihan Badri berkata, jangkaan itu diperoleh hasil dapatan pengundi yang dikumpul jentera parti yang turun berkempen.
“Kami menjangkakan dapat mengurangkan majoriti PH daripada lebih 30,000 pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu kepada hanya 7,000 hingga 9,000 undi sahaja pada PRK kali ini.
“Sudah tentu sokongan pengundi akan terus meningkat sekiranya gerak kerja lancar sehingga ke kempen hari terakhir, calon PN mampu mencipta kejutan memenangi kerusi Parlimen Pulai dengan majoriti tipis,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Baca artikel lain: Mohammad mampu pacu ATM jadi angkatan yang utuh
Pada PRU-15, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub meraih 64,900 undi dengan majoriti besar 33,174 berbanding saingannya.
Mohd Solihan yang juga Timbalan Pengerusi PN Johor berkata, jumlah pengundi Melayu keluar mengundi terutama golongan muda turut dijangka meningkat.
“Pertambahan undi beralih arah kepada PN oleh orang Melayu sama ada ahli dan penyokong UMNO, pengundi Melayu atas pagar selain ahli PKR yang tidak berpuas hati.
“Undi PH-BN jika kedua gabungan bergabung sememangnya tinggi namun melalui dapatan maklumat akar umbi, sokongan pengundi kedua gabungan itu sudah berpecah dan PN dijangka mendapat manfaatnya.
“Pertambahan undi juga dijangka berlaku dari pengundi bukan Melayu yang tidak puas hati keadaan ekonomi negara ketika ini,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

