‘Parlimen bukan mahkamah’, kata PM isu kes DNAA Ahmad Zahid

Dari Penulis

“PARLIMEN bukan mahkamah yang boleh dia tanya soalan dan kita (kerajaan) cuba jawab. Sebab Peguam Negara bukan Ahli Parlimen dan bukan menteri.”

Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung gesaan supaya isu keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan dibahaskan di Parlimen.

Memetik laporan BH Online, Perdana Menteri berkata, Parlimen tidak boleh ditukar untuk berperanan sebagai sebuah mahkamah untuk membincangkan mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Ahmad Zahid itu.

“Tak apa itu pandangan anak muda. Kita santuni. Mana boleh kes mahkamah nak runding di Parlimen. Dia kena faham pembahagian kuasa.

“Jadi kita boleh harus ada ruang untuk mana-mana Ahli Parlimen bertanya. Tetapi jangan jadikan Parlimen itu sidang mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Sri Petaling, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam, supaya diadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan keputusan DNAA terhadap Ahmad Zahid.

Hari ini, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula menghantar usul tergempar kepada Dewan Rakyat untuk menangguhkan mesyuarat yang akan bersidang pada 11 September ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2).

Baca artikel berkaitan: Wan Ahmad Fayhsal kemuka usul tergempar tuntut penjelasan kes Zahid

Ia bagi memberi laluan untuk mendapatkan penjelasan daripada Peguam Negara berhubung keputusan menarik balik 47 pertuduhan mahkamah ke atas Timbalan Perdana Menteri.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri itu daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid, apabila pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding, kerana mereka berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.

Ahmad Zahid sebelum ini telah menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) sebagai asas pertimbangan supaya pertuduhan terhadapnya digugurkan.

Surat representasi pertama dikemukakan pada Januari lepas, manakala yang terbaru, lengkap dengan fakta dan bukti baharu, dihantar kepada AGC pada Februari.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis Shah Alam berjaya tahan suspek kes cabul, liwat remaja berusia 15 tahun

PIHAK polis berjaya menahan suspek kes cabul dan liwat melibatkan dua remaja berusia 15 tahun seperti yang tular di...

More Articles Like This