Anggota JPJ dirempuh penunggang motosikal langgar sekatan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaporkan telah dirempuh seorang penunggang motosikal yang cuba melanggar sekatan jalan raya di Lebuhraya Seremban-Port Dickson, pagi tadi.

Video penuh klik link di ⬇️

https://t.me/infoutusantv/667?single

Kejadian yang turut tular dalam media sosial itu berlaku pada pukul 11 pagi semasa Operasi Penguatkuasaan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kilometer 28, lebuh raya berkenaan menghala ke Port Dickson.

Video selama lima saat itu memaparkan seorang penunggang bertindak menunggang dalam keadaan melulu dipercayai mahu melarikan diri daripada SJR dan merempuh seorang anggota JPJ.

Keadaan itu membuatkan anggota JPJ terpelanting dan kepala terhantuk ke jalan raya manakala penunggang motosikal berkenaan turut mengalami kecederaan.

Turut tular satu video berdurasi 20 saat memaparkan anggota itu dibawa masuk ke dalam sebuah kenderaan oleh rakan sepasukan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

JPJ dalam kenyataan memaklumkan, anggota JPJ terbabit yang cedera pada otot leher, kepala serta bengkak pada tangan dan kaki dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Port Dickson.

“Hasil pemeriksaan x-ray dijalankan, pihak hospital mengesahkan kecederaan yang dialaminya tidak serius dan dibenarkan pulang sebaik selesai menjalani rawatan,” katanya.

JPJ memberitahu, penunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR itu telah melanggar sekatan dan merempuh anggota tersebut.

Menurut JPJ, hasil siasatan mendapati penunggang motosikal berkenaan masih mempunyai dua senarai hitam yang masih aktif.

Pada masa sama, lesen kenderaan motor penunggang terbabit didapati telah tamat tempoh sejak 18 Julai 2012; tiada perlindungan insurans dan tiada lesen memandu kompeten.

“Penunggang tersebut telah diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Ia melibatkan Seksyen 23 (1) APJ 1987 kerana lesen kenderaan motor yang tamat tempoh; Seksyen 90 (1) kerana tiada perlindungan insurans; Seksyen 26 (1) kerana tiada lesen memandu dan tindakan sita di bawah Seksyen 64 (1) APJ 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: JPJ guna dron pantau kesalahan trafik sempena Aidilfitri

Mengulas lanjut, JPJ memberitahu satu laporan polis turut dilakukan susulan kejadian berkenaan.

Katanya, motosikal tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987.

Jabatan itu berkata, kes tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Sebagaimana sedia maklum, JPJ telah melancarkan Operasi Khas Motosikal Tahun 2023 untuk tempoh selama sebulan mulai 1 hingga 30 September di seluruh negara dengan objektif ke arah mengukuhkan pembudayaan pematuhan undang-undang serta memupuk rasa bersalah apabila melakukan pelanggaran peraturan keselamatan jalan raya.

“Justeru, JPJ ingin menasihati orang ramai supaya tidak melarikan diri atau bertindak di luar jangka ketika berhadapan dengan operasi SJR dilakukan JPJ,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This