Pembangkang jangan angkuh dalam isu peruntukan Ahli Parlimen – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PEMBANGKANG diingatkan supaya tidak bersikap sombong dan angkuh berhubung isu peruntukan untuk Ahli Parlimen yang menjadi pertikaian sejak Kerajaan Perpaduan memerintah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahin menegaskan, beliau sama sekali tidak akan meluluskan peruntukan tersebut selagi pembangkang tidak mengikuti ketetapan yang telah disediakan oleh kerajaan.

“Bila Bera ambil alih (jadi Perdana Menteri), Bera kata kalau betul nak (peruntukan Ahli Parlimen) kita bincang baik-baik, jadi kita hantar perwakilan, bincang baik-baik kemudian ada hala tuju.

“Dia jumpa saya kita makan tengah hari akhirnya beliau bagi sign luluslah. Ini tak, tak payah sign tak payah bincang bagi ini hak kami.

“Ini bukan hak Ahli Parlimen, runding, setuju kita lulus kalau tidak tunggu sampai bila saya tidak akan luluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, hari ini.

Baca artikel lain: ‘Menang hari ini, esok minyak turun’ turut dipersetujui Pas – PM

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak pernah berlaku zalim kepada negeri-negeri pembangkang yang didakwa dianaktirikan.

Ujarnya, perkara tersebut dibuktikan melalui banyak peruntukan disalurkan ke kawasan Parlimen bukan milik kerajaan dalam melaksanakan pelbagai projek bagi manfaat rakyat.

“Saya bagi contoh untuk Ketereh ada 61 projek yang berjumlah RM2.12 juta. Sik ada 73 projek bernilai RM3.73 juta. Yang dibangkitkan ialah mengapa tak salur kepada Ahli Parlimen.

“Jangan kita kata (kerajaan) menindas rakyat, tak nak tolong rakyat, zalim. Saya sudah bedak-bedakkan projek rakyat dan projek Ahli Parlimen.

“Jangan kata tidak ada peruntukan, boleh sebut tidak ada peruntukan kepada Ahli Parlimen,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This