PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, laungan ‘menang hari ini, esok minyak turun’ dibuat dengan persetujuan PKR, DAP dan Pas.
Perkara yang menjadi sindiran dalam kalangan pembangkang itu jelasnya, telah dipersetujui secara bersama oleh tiga parti terbabit ketika sama-sama membentuk gabungan dikenali sebagai Perikatan.
“Ada yang mempertikaikan isu minyak, hari ini kita menang, esok minyak turun iaitu disindir oleh Ketua Pembangkang. Bila saya sebut perkara itu semasa PKR, DAP dan Pas bersama.
“Apa yang saya sebutkan itu dipersetujui oleh Keadilan, DAP dan Pas. Pada masa itu, Menteri Pertanian merupakan timbalan presiden (Pas), (kami) mesyuarat dan diperakui oleh pimpinan Pas,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, hari ini.
Baca artikel lain: Dewan Rakyat kecoh lebih 20 minit, Radzi dakwa PM buat tuduhan jahat
Bagaimanapun, pendedahan itu disangkal oleh Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas-Kubang Kerian) dengan mendakwa, apa yang diucapkan Anwar pada ketika itu tidak diperakui parti berkenaan.
“Saya bersama pada ketika itu dan saya nak beritahu Pas tidak pernah bersetuju. Masa itu saya pimpinan (Pas) dan saya mengalahkan dia (Datuk Seri Mohamad Sabu) dalam pemilihan,” katanya.
Pada masa sama, Anwar menambah, meskipun berlaku peningkatan harga petrol namun ianya masih lagi rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain.
Beliau juga berjanji, sebarang rasionalisasi terhadap subsidi tidak akan membebankan golongan rendah mahupun menengah yang menjadi kegusaran sejak kebelakangan ini.
“Masa itu (ketika laungan dibuat) berapa harga minyak Arab Saudi, 50 sen perliter, sekarang saya jadi Perdana Menteri berapa harga petrol tahun 2018, di Malaysia RM2.21, Arab Saudi masa itu sudah naik RM2.19.
“Sekarang 2023 berapa harga minyak di Arab Saudi RM2.84, berapa harga minyak di Malaysia RM2.05. Kita ambil kira bahawa minyak kita masih rendah.
“Brunei sekarang RM1.84, jadi oleh itu untuk terus gunakan hujah yang sama-sama kita buat dalam Pakatan Rakyat sebenarnya tidak tepat,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

