Isu tafsir ayat al-Quran: Howard Lee beri keterangan kepada polis Selasa ini

Dari Penulis

AHLI Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How akan memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan terhadap beliau yang didakwa membuat tafsiran sendiri ayat al-Quran Selasa ini.

“Pihak polis telah menghubungi saya dan saya akan memberikan kenyataan pada tengah hari Selasa ini di Ipoh,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Lee berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada polis namun enggan mengulas lanjut.

Pada Jumaat lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya akan merekod keterangan Lee dalam masa terdekat dan siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas JSJ Bukit Aman.

Sebelum itu, Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata laporan asal atau laporan pertama kes tersebut dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur manakala badan bukan kerajaan iaitu Jalinan Bersatu Sahabat (Jabat) Perak turut membuat laporan pada Khamis lepas.

Presiden Jabat Perak Amiruddin Mohd Daud berkata laporan itu dibuat bagi membolehkan siasatan dan tindakan diambil terhadap Lee yang dianggap menghina Islam kerana membuat tafsiran sendiri ayat al-Quran sekali gus menyentuh isu 3R iaitu agama, raja dan kaum.

  — BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This