SOKONGAN daripada orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) akan lebih meningkat sekiranya calon gabungan parti itu menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
Perkara itu menurut Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu dapat dilihat apabila PH-BN berjaya menang dalam PRK Johor menewaskan Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini.
“Pilihan raya di Simpang Jeram dan Pulai, alhamdulillah kita nampak orang Melayu terutama sekali pulang balik dan mengundi Kerajaan Perpaduan ini.
“Ini satu petanda yang baik, insya-Allah pada 7 Oktober ini kita menang Pelangai, orang Melayu akan banyak lagi kembali menyokong Kerajaan Perpaduan,” katanya memetik laporan Malaysiakini.
Baca juga: PRK Pelangai: Amizar mampu beri BN kemenangan – Ismail Sabri
Mengulas lanjut, Mohamad turut mengingatkan penyokong PH untuk memberi sokongan kepada calon BN dalam PRK DUN Pelangai nanti.
Hal itu menurut beliau kerana logo yang akan digunakan gabungan parti itu adalah logo BN.
“Pilihan raya ni kita tak ada (logo) roket…untuk orang Amanah yang ramai juga di sini kita tidak ada logo tiga segi (PH). (Hanya ada) dacing (BN) tu.
“Di sini setiap yang undi PH (dalam) pilihan raya November lalu, lebih 2,000 undi dulu, jangan sorang pun tak undi BN,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

