PAS menafikan dakwaan akan meletakkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.
Perkara itu dinyatakan oleh Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sambil berkata, setakat ini belum ada sebarang perbincangan dibuat berkenaan PRK tersebut.
“Saya tak dengar pula ura-ura itu, saya baca dalam media dan (setakat ini) tidak ada perbincangan ke arah itu…kami pun sebenarnya belum ‘sit down’ (mesyuarat) lagi dalam kalangan pimpinan tertinggi untuk bincang.
“Tarikh nak bincang pun belum ada lagi dan (mungkin) minggu depan baru ada (dan) kemungkinan (saya) ke Kuala Lumpur ,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Indonesia jangan nafi, lebih 2,000 titik panas dikesan di Kalimantan
Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Wisma Darul Iman, hari ini.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan Pas berkemungkinan meletakkan Dr Mahathir sebagai calonnya pada PRK Kemaman.
Sumber berkata, jika bekas Ahli Parlimen Langkawi itu kembali ke Dewan Rakyat ia akan memberinya peluang untuk berkhidmat sebagai ‘semak dan imbang’ yang lebih berkesan terhadap Kerajaan Perpaduan.
Dalam pada itu, Ahmad Samsuri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Terengganu tidak menolak kemungkinan mempertaruhkan penyandang kerusi, Che Alias Hamid untuk mewakili Pas sekali lagi pada PRK Parlimen Kemaman.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

