Mohd Azman dilantik Pengarah JSPT, PDRM umum pertukaran 23 pegawai kanan

Dari Penulis

PESURUHJAYA Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman berkuat kuasa 13 Nov ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Alzafny Ahmad berkata timbalan Mohd Azman iaitu Datuk Mancha Anak Ata akan mengisi kekosongan itu dengan memangku pangkat Ketua Polis.

Beliau berkata ia merupakan sebahagian daripada pertukaran membabitkan 23 pegawai kanan PDRM di seluruh negara.

Turut bertukar jawatan ialah Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Pasukan Gerakan Am) Jabatan KDNKA, Datuk Muhammad Abdul Halim yang dilantik sebagai Ketua Polis Perlis dan Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ibrahim Darus pula akan dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Baca artikel berkaitan: Singapura, AS beri respons baik, PDRM optimis aset Jasmine Loo dipulangkan

“Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi yang sebelum ini merupakan Komander Unit Tindak Khas Pasukan Gerakan Khas KDNKA akan menggantikan Muhammad, manakala Penolong Pengarah E1A Cawangan Khas Datuk Pahlawan Shazeli Kahar ditukar ke jawatan yang disandang Ibrahim sebelum ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sementara itu, menurutnya Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal akan menggalas jawatan sebagai Penolong Pengarah di Cawangan Khas.

Alzafny berkata pertukaran lain membabitkan Penolong Pengarah Cawangan Khas Senior Asisten Komisioner Azman Omar yang menggantikan Nik Ezanee, manakala Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Kamarulzaman Elias dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kedah berkuat kuasa pada tarikh sama.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

64 projek pembangunan semula sekolah daif siap sejak 2025

SEBANYAK 64 projek pembangunan semula sekolah daif telah berjaya disiapkan di seluruh negara sejak tahun 2025 hingga suku kedua...

More Articles Like This