“Fitnah itu lebih berdosa dari membunuh”- Daiyan Trisha selar tuduhan terlibat dengan aktiviti ‘cuci duit’ 

Dari Penulis

TULAR beberapa hari ini mengenai dakwaan seorang selebriti ‘putih gebu’ yang berada dalam senarai dan pemantauan Bank Negara kerana terlibat dengan jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Susulan dengan itu, ramai netizen mula meneka indentiti selebriti yang dimaksudkan dan antara selebriti yang terkena tempias kontroversi itu adalah pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha.

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 30, telah dikaitkan dengan aktiviti ‘cuci duit’ itu kerana dia menepati ciri-ciri iaitu berkulit cerah.

Namun, pelantun lagu ‘Penat’ itu meluahkan perasaan sedih dan seolah-olah menafikan dakwaan yang dilemparkan kepadanya dalam satu ciapan di laman X miliknya.

“Berhati-hatilah dalam berkata, kerana mulut badan binasa. Langsung bicara terus menuduh, fitnah itu lebih berdosa dari membunuh,” tulisnya.

Terdahulu, sebuah portal media hiburan memaklumkan seorang selebriti wanita kini sedang dalam pemantauan bank negara kerana mempunyai kekayaan luar biasa sehingga menimbulkan syak wasangka.

Selebriti itu juga dikatakan sering mendapat tawaran lakonan dan menjadi duta kepada produk kerana rupa parasnya yang cantik.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This