NOTIS dikeluarkan Platform Risikan Ancaman Siber Sektor Kewangan (FinTip) Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kemungkinan ancaman serangan dilakukan penggodam pro-Israel terhadap institusi kewangan di negara ini merupakan pemberitahuan dikeluarkan secara rutin.
BNM dalam kenyataan memaklumkan, pemberitahuan tersebut dikeluarkan kepada institusi kewangan dan rakan kerjasama yang berkaitan supaya berjaga-jaga.
Menurut BNM, FinTip sentiasa memantau landskap siber dan akan memaklumkan tentang kemungkinan ancaman baharu termasuk peningkatan aktiviti penggodaman.
“BNM dan industri kewangan sentiasa berkongsi maklumat mengenai kemungkinan ancaman yang berlaku dalam ruang siber.
“Notis FinTip membolehkan institusi kewangan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi melindungi sistem mereka dan mengelakkan sebarang kemungkinan gangguan terhadap perkhidmatan kewangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, tular satu notis FinTip kepada institusi kewangan di negara ini berhubung kemungkinan serangan siber daripada penggodam pro-Israel.
Baca artikel berkaitan: BNM laksana langkah pastikan pelarasan ringgit teratur – PM
Notis tersebut memaklumkan serangan itu dipercayai sebagai tindak balas terhadap operasi dijalankan ‘DragonForce Malaysia’ yang melancarkan serangan siber terhadap rangkaian strategik rejim Zionis.
Amaran berkenaan turut menyeranaikan 10 kumpulan penggodam pro-Israel yang dikenal pasti berkemungkinan melakukan serangan balas iaitu Team UCC Operations or Unknown Cyber Cult; Kerala Cyber Xtractor; Silentone; Indian Cyber Force dan Garuna Ops.
Selain itu, turut disenaraikan adalah Israel Cyber Defence; Termux Israel; Anonymiss; Gaza Parking Lot Crew dan Silencer of Evil.
Bagaimanapun, FinTip tidak mengenal pasti sebarang perbualan atau perbincangan khusus lain yang berkaitan dengan penyasaran institusi kewangan Malaysia.
“Walaupun FinTip tidak melihat sebarang petanda pasti berhubung persediaan kumpulan penggodam untuk melancarkan serangan balas, terdapat beberapa maklumat perisikan belum disahkan bahawa mereka merancang untuk melancarkan serangan DDoS.
“FinTip telah menyenaraikan kumpulan penggodam pro-Israel terkenal yang beberapa daripadanya sebelum ini telah dikenal pasti menyasarkan institusi kewangan Malaysia,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

