Anwar beri sumbangan kepada Ibnor Riza, Fauziah Samad

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada penyanyi popular era 80-an, Ibnor Riza dan pelakon Fauziah Samad yang berdepan masalah kesihatan.

Dalam hantaran di Facebooknya hari ini, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi kedua-dua artis itu di kediaman masing-masing.

Baca artikel berkaitan: Cukai barang bernilai tinggi dikecualikan kepada pelancong – PM

Ibnor diuji dengan penyakit kanser limfoma manakala Fauziah pula menghidap penyakit osteoartritis sehingga terpaksa berkerusi roda.

“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya kepada mereka bagi membantu urusan perubatan masing-masing.

“Saya mendoakan mereka berdua dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT,” kata Anwar.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This