SEBANYAK 50 unit kediaman di bawah projek Residensi Bangsa Johor @ Renggam akan mula ditawarkan tahun depan, dan ia dijangka siap untuk diduduki pada 2026.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ini selari dengan hasrat kerajaan negeri sebagai salah satu inisiatif penting dalam memberikan ruang dan peluang untuk penduduk Simpang Renggam memiliki rumah pertama mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri Machap itu berkata selain perumahan, banyak fasiliti dan infrastuktur lain di kawasan Simpang Renggam ini sudah, sedang dan akan ditambah baik demi keselesaan rakyat.
“Saya turut difahamkan isu-isu seperti pelebaran jalan, pengurusan bahu jalan, membaik pulih jalan rosak, menaik taraf susur jalan, pemulihan bangunan di kawasan kampung serta membaik pulih sistem perparitan dan longkang di kawasan ‘hotspot’ banjir di beberapa kawasan sudah selesai dilaksanakan sepenuhnya.
Baca artikel berkaitan: Onn Hafiz seru rakyat terus bangkit, nyatakan solidariti kepada Palestin
“Syabas dan tahniah saya ucapkan!” kata beliau dalam hantaran di Facebook rasmi miliknya hari ini.
Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Simpang Renggam, semalam.
Onn Hafiz turut mengambil maklum terdapat beberapa isu dan permasalahan berbangkit yang memerlukan perancangan, kos dan pengurusan masa yang lebih panjang untuk diselesaikan.
“Oleh itu, saya telah menegaskan agar segala perkara berbangkit ini diselesaikan secepat mungkin mengikut garis masa yang ditetapkan.
“Segala usaha ini amat penting dalam memastikan penduduk Simpang Renggam mendapat kemudahan yang terbaik sekali gus membantu dalam meningkatkan kualiti kehidupan mereka,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

