Amang seksual 5 budak perempuan, Jurulatih taekwando mengaku tak bersalah

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG jurulatih taekwando dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas lima pertuduhan amang seksual ke atas lima pelatih kanak-kanak antara bulan September sehingga Oktober lalu.

Tertuduh, Ahmad Munir Zainuddin, 20 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Mengikut kertas pertuduhan, pemuda itu didakwa melakukan amang seksual terhadap lima kanak-kanak perempuan masing-masing berusia 7, 8, 9 dan 11 tahun.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Dewan Chengal, Seksyen 24, Shah Alam masing-masing pada jam 8.30 antara bulan September sehingga 28 Oktober lalu.

Justeru tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 bagi empat pertuduhan, manakala bagi satu pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, dia didakwa mengikut Seksyen 14(b) akta yang sama.

Sabit kesalahan bagi setiap satu pertuduhan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nabilah Abd Rashid mencadangkan jaminan sebanyak RM12,000 bagi setiap satu pertuduhan memgambil kira kesalahan yang dilakukan itu melibatkan mangsa kanak-kanak.

Bagaimanapun peguam ‘Adil Safwan Ahmad Shaffie yang mewakili tertuduh memohon agar jumlah jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh masih sedang melanjutkan pelajaran dan bekerja secara sambilan bagi menyara keluarga.

Hakim Rasyihah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM6,000 bagi setiap satu pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

Rasyihah turut mengarahkan agar tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di balai polis pada hari pertama setiap bulan serta tidak mengacau ganggu mangsa sebagai syarat tambahan jaminan.

Susulan itu, mahkamah menetapkan 14 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This