KERAJAAN Johor melanjutkan tempoh masa kutipan Tabung Khas Kemanusiaan Rakyat Palestin mulai 10 hingga 17 November ini di seluruh masjid dan surau negeri.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, setakat ini tabung berjaya mengumpulkan RM796,184.75 melibatkan sejumlah RM607,304.55 kutipan masjid-masjid dan surau (RM188,880.20).
Ujarnya, dianggarkan sejumlah RM200,000 lagi berjaya dikumpulkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor melalui Pejabat Pendidikan Islam Daerah.
“Kerajaan Johor memandang serius isu kemanusiaan yang berlaku khususnya yang menimpa saudara-saudara muslim di Semanjung Gaza, Palestin.
“Justeru, lanjutan kutipan tabung khas ini adalah bertujuan menggalakkan umat Islam khususnya di negeri Johor untuk terus menyumbang kepada tabung ini.
Baca artikel lain: Peneroka Felda terpaksa tanggung kerugian jika harga gula kekal rendah – Ahmad Shabery
“Kesemua kutipan tersebut akan disalurkan terus ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin Kementerian Luar Negeri Malaysia dan diharapkan agar sumbangan ini mampu meringankan beban yang sedang dihadapi oleh rakyat di bumi Palestin ketika ini,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Sementara itu, Mohd Fared berkata, kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) juga telah mengarahkan agar kesemua masjid dan surau untuk melaksanakan Qunut Nazilah secara jahar dalam solat lima waktu termasuk solat Jumaat.
Malah katanya, kesemua masjid dan surau juga diarahkan untuk melaksanakan solat sunat hajat selepas solat fardu Maghrib.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

