Sharnaaz lepas, bebas tuduhan cederakan pengawal keselamatan

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

MAHKAMAH Majistret Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan pelakon Sharnaaz Ahmad atas satu pertuduhan mencederakan pengawal keselamatan pada Jun tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak sebelum membenarkan permohonan representasi yang difailkan oleh pasukan pembelaan.

“Mahkamah berpuas hati, dan dengan ini memerintahkan agar orang kena saman (OKS) dilepas dan dibebaskan (DNA) daripada pertuduhan. Wang jaminan dikembalikan,” kata Majistret itu.

Terdahulu peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima surat balas daripada pihak pendakwaan berhubung representasi yang difailkan bahawa pendakwaan ingin menarik balik kes berkenaan.

Wan Azmir memaklumkan bahawa pengadu telah menarik balik kes tersebut dan telah membuat laporan polis berhubung penarikan kes.

“Oleh itu, saya memohon satu keputusan DNA perlu diberikan kepada OKS,” hujahnya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun, Nadia Eleena memaklumkan bahawa bahawa pihaknya mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) agar Sharnazz dilepas dan tanpa dibebaskan (DNAA).

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding pada hari ini selesai, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, menzahirkan rasa lega dan bersyukur dengan keputusan mahkmah yang memihaknya pada hari ini.

“Walaupun ia soal remeh tapi ia melibatkan soal reputasi dan perjalanan karier saya,”kata pelakon itu.

Pada 18 Januari lepas, UtusanTV melaporkan Sharnaaz mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam Awang, 27, di kawasan lif, pintu masuk sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas di sini pada 8.30 malam, 16 Jun 2022.

Pelakon drama bersiri ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ itu dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This