PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan terdapat keperluan untuk menangani punca konflik yang berlaku di Semenanjung Gaza dan menamatkan penjajahan Israel kepada rakan sejawatnya dari Kanada, Justin Trudeau.
Perkara itu dibincangkan semasa pertemuan antara Anwar dengan Trudeau di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di San Francisco.
Dalam hantaran di Facebook, Anwar memaklumkan beliau dan Trudeau telah bertukar-tukar pandangan terkait isu Palestin dengan Perdana Menteri Kanada itu memaklumkan bahawa terdapat keperluan untuk melindungi rakyat dan menangani krisis kemanusiaan itu.
Selain itu, Perdana Menteri turut menekankan bahawa Israel telah melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas tanpa dikenakan hukuman dan terus membina serta meluaskan penempatan haram.
“Kami bersetuju bahawa konflik pada masa ini perlu dijadikan peringatan kepada komuniti antarabangsa mengenai keperluan untuk menamatkan penjajahan Israel dan menghentikan kezaliman ke atas warga Palestin,” katanya dalam hantaran tersebut.
Pertemuan tersebut adalah atas permintaan Kanada.
Baca artikel berkaitan: PM Anwar tidak pernah panggil Hamas sebagai organisasi pengganas
Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan beliau dan Trudeau turut membincangkan langkah serta usaha bagi memperkukuh kerjasama pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara.
Anwar turut memaklumkan mereka turut memberi tumpuan kepada kerjasama dalam bidang keselamatan siber, pendidikan, tenaga dan perubahan iklim.
Katanya, mereka berdua turut mengalu-alukan perjanjian perisian dan perkhidmatan jangka panjang antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Blackberry untuk mengukuhkan keselamatan siber negara.
“Saya turut mengambil peluang ini untuk membangkitkan isu visa dengan Kanada berikutan pelancong Malaysia perlu mendapatkan visa Kanada dengan tempoh menunggu antara empat dan enam bulan manakala Malaysia memberikan visa ketibaan kepada pelancong Kanada.
“Semoga hubungan Malaysia dan Kanada akan terus berkembang pada masa akan datang, Insya-Allah,” katanya.
Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Kanada pada 2022 berjumlah RM10.35 bilion, meningkat sebanyak 4.2 peratus berbanding RM9.93 bilion pada 2021.
Putrajaya dan Ottawa meraikan hubungan diplomatik rasmi ke-66 pada tahun ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

