Pertengkaran mulut 2 beradik berakhir tragik, abang sabit adik hingga maut

Dari Penulis

PERTENGKARAN mulut antara dua beradik berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki maut dilibas dengan sebilah sabit oleh abangnya, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu berlaku di sebuah rumah di Taman Kluang Barat di Kluang, Johor.

Mangsa, Fu Kui Fatt, 42, yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk rawatan sebelum disahkan disahkan meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak pada 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, susulan itu, polis menahan abang mangsa berusia 44 tahun untuk membantu siasatan.

Katanya, hasil semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau manakala ujian urin didapati negatif dadah.

“Suspek disyaki terbabit dengan pergaduhan dengan adik beradik yang berpunca daripada pertengkaran mulut.

“Akibat bangkitan marah, suspek telah melibas si mati dengan menggunakan sebilah sabit sehingga menyebabkan kematian,” katanya dalam kenyataan.

Bahrin berkata, suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunya sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Kluang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penggunaan elektrik pusat data dijangka melonjak kepada 31 peratus menjelang 2035

PENGGUNAAN elektrik oleh sektor pusat data dijangka melonjak dengan ketara kepada 31 peratus atau bersamaan dengan 73,274 Gigawatt-hour (GWh)...

More Articles Like This