PASUKAN Harimau Malaya meneruskan aksi cemerlang apabila berjaya menewaskan Taiwan (Chinese Taipei) dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Perbandaran Taipei, sebentar tadi.
Dalam separuh masa pertama, walaupun skuad bimbingan Kim Pan Gon melakukan pelbagai serangan dan asakan melalui barisan penyerang Arif Aiman, Faisal Halim, Akhtiar Rashid dan Paulo Josue tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan negara.
Faisal Halim misalnya nyaris mendapatkan gol pertama yang dicari-cari pasukan Malaysia selepas berjaya menewaskan penjaga gol lawan tetapi bola terkena tiang dan melantun keluar.
Pada separuh masa kedua, skuad kebangsaan meneruskan rentak serangan dengan memasukkan Darren Lok dan Endrick yang menyebabkan pemain Taiwan lebih banyak bertahan daripada menyerang.
Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila Darren Lok berjaya menendang masuk bola selepas berlaku keadaan kelam kabut dalam kotak penalti pada minit ke-73 apabila penjaga gol Taiwan tidak berjaya menangkap bola sepakan pemain Malaysia.
Taiwan yang turut membuat pertukaran di akhir minit permainan berjaya menukar rentak pasukan itu untuk lebih banyak melakukan serangan tetapi berjaya dikekang oleh barisan pertahanan negara, termasuk Syihan Hazmi.
Kemenangan itu menyaksikan anak buah Kim Pan Gon melakar kemenangan berturut-turut selepas menewaskan Kyrgyzstan 4-3, Khamis lalu sekali gus naik ke tangga teratas Kumpulan D dengan mengumpul enam mata.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

