9 individu direman bantu siasatan ubah status kenderaan perdagangan

Dari Penulis

SEMBILAN individu termasuk lima anggota penguat kuasa direman lapan hari kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan untuk meminda butiran spesifikasi enjin kenderaan perdagangan daripada kenderaan diesel biasa kepada kenderaan diesel hijau.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata perintah itu dikeluarkan selepas pihaknya membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Ipoh, Putrajaya, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

“Majistret membenarkan perintah reman bermula hari ini, seorang lagi individu bertindak sebagai ejen di Selangor dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangannya direkodkan,” kata sumber berkenaan ketika dihubungi hari ini.

Semalam, SPRM dilaporkan menahan 10 individu berusia 33 hingga 66 tahun antara pukul 11 pagi dan 3 petang di beberapa negeri bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurut sumber berkenaan modus operandi sindiket itu adalah pindaan data kenderaan atau pembetulan butir-butir kenderaan bagi mendapatkan status diesel hijau.

Baca artikel lain: 2 kanak-kanak tunggang motosikal sejauh 400km tanpa topi keledar

“Sindiket ini dipercayai bergerak aktif sekitar tahun 2019 hingga 2022 dan nilai wang rasuah dianggarkan kira-kira RM1.28 juta untuk lima orang anggota penguat kuasa terlibat yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita.

“Manakala ketirisan hasil kepada kerajaan yang terkumpul akibat daripada aktiviti sindiket ini dianggarkan sekitar RM12.73 juta sejak tahun 2018 sehingga 2022,” katanya.

Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This