NEGARA-NEGARA Eropah dan Amerika Syarikat (AS) disifatkan bersalah kerana ‘membiarkan’ pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza oleh rejim zionis Israel.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam hantaran di media sosial menegaskan, ia kerana negara-negara Eropah dan AS jelas bersetuju dengan apa yang dilakukan Israel.
Dr Mahathir berkata, apa yang berlaku ke atas rakyat Palestin itu bukanlah peperangan, sebaliknya satu pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan etnik.
Malah, kata beliau, dunia tidak boleh berbuat apa-apa kerana kerajaan AS dan Eropah jelas bersetuju dengan apa yang Israel lakukan.
“Orang Eropah dan AS yang bersalah atas pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku kerana mereka jelas bersetuju.
“Jadi ini adalah new world order. Inilah susunan dunia menurut Kerajaan AS dan Eropah.
Baca artikel lain: Rakyat Malaysia seolah tak sependapat konflik Palestin-Israel – Dr Mahathir
“Saya ingin mengatakan Tuhan tolong kami tetapi kerajaan mereka tidak percaya kepada Tuhan. Mereka tidak boleh. Mereka telah meninggalkan agama mereka sendiri,” katanya dalam hantaran tersebut.
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, dunia sedang menyaksikan tindakan genosid rakyat Palestin oleh Israel.
Jelasnya, tiada sebarang penentangan pun dilakukan rakyat Palestin terhadap Israel.
“Ia bukan peperangan, kami tidak melihat tentera Palestin melawan penceroboh Israel.
“Yang kita lihat hanyalah tentera Israel bersenjata lengkap, membunuh dan mencederakan rakyat Palestin yang tidak bersenjata.
“Kita lihat kanak-kanak dibunuh. Kami melihat bayi kekurangan oksigen dan mati. Kami melihat hospital terpaksa berpindah dan bandar Gaza dihancarkan ke tanah dengan jelas menguburkan rakyat Palestin.
“Gambar tersebut adalah salah satu pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Israel bersenjata, hari demi hari,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

