MOF ambil tindakan terhadap teguran Ketua Audit Negara kepada LADA

Dari Penulis

TEGURAN yang diberikan Ketua Audit Negara terhadap Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) akan diambil tindakan pembetulan oleh Kementerian Kewangan.

Ini selepas LADA dikesan gagal mengutip hasil pajakan dua projek di Langkawi dengan nilai RM11.49 juta.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebelum ini teguran terhadap kastam dan kekurangan hasil kutipan daripada kereta yang mendapat permit khas di Pulau Langkawi telah diambil tindakan.

“Sama ada tindakan mahkamah diambil, ia akan ditentukan seterusnya oleh jawatankuasa di kementerian masing-masing kepada pegawai yang terbabit,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Hari Integriti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan Agensi-Agensi 2023, hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 mendedahkan, sebanyak RM681.71 juta kehilangan atau kerugian wang awam membabitkan enam program kerajaan termasuk teguran yang diberikan terhadap LADA.

Baca artikel lain: Dua maut dalam nahas kereta ‘terbang’ sebelum meletup

Berdasarkan LKAN 2022, dua projek LADA itu ialah pembangunan Hotel St Regis dengan hasil pajakan dianggarkan RM3.19 juta sejak 2018.

Selain itu, ia juga membabitkan nilai pajakan tanah untuk Projek Pembangunan Tok Senik sebanyak RM8.3 juta sejak 2003.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, kementerian akan meneliti secara serius teguran yang dikemukakan dalam LKAN 2022.

Beliau berkata, bagi Kementerian Kewangan, salah satu kaedah untuk pengurusan kewangan lebih cekap ialah memastikan Laporan Ketua Audit Negara itu diperbaiki dari semasa ke semasa.

Katanya, adalah diharapkan kebocoran dan teguran yang dikemukakan itu akan mempercepat serta meningkatkan lagi kecekapan urusan kewangan, yang menjadi tanggungjawab kementerian itu.

“Kita tahu bahawa antara kehilangan dan ketirisan hasil adalah kerana masalah integriti. Jadi, saya berharap dengan dikeluarkan laporan itu saban tahun dan diperbaiki teguran saban tahun, ia akan mengurangkan kebocoran hasil kerajaan.

“Di Kementerian Kewangan kita amat tekankan prihatin dan memandang serius segala kebocoran dan teguran,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This