KESEMUA pimpinan serta ahli di dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan supaya bekerja keras dan menyelesaikan segala kepincangan yang berlaku bagi membentuk kesepaduan.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Bersatu yang merupakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN) tidak boleh kekal menjadi pembangkang untuk jangka masa lama.
Katanya, tanpa kuasa, parti tidak dapat membela nasib rakyat dan memperbetulkan kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan sekarang.
“Untuk seketika kita berada sebagai pembangkang tetapi untuk tempoh mendatang kita mahu jadi kerajaan, kita tak boleh lama duduk sebagai pembangkang, pasal kita tiada kuasa untuk membela nasib bangsa.
“Hari ini kita mengharapkan kerajaan yang terbentuk menjaga, memelihara hak kita, kita tak rasa dia jaga kita, malahan orang bukan Melayu pun berkata apa sudah jadi kepada negara ini, apa dah jadi dengan Malaysia.
“Kerajaan Madani tidak berupaya memulihkan ekonomi negara, makin merudum data-data yang saya sebutkan semalam membuktikan apa yang kita rasa sebenarnya itulah keadaan ketika ini,” dakwanya.
Baca artikel lain: Ini bukan gimik, tegas Muhyiddin
Beliau berkata demikian pada ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu Keenam 2023, hari ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin berharap, Bersatu dapat menambah jumlah ahlinya kepada satu juta orang bagi memperkuatkan parti dalam persediaan berdepan dengan apa juga kemungkinan.
Beliau yakin perkara tersebut mampu direalisasikan sekiranya ahli kekal produktif dan mempamerkan sikap baik seperti mana dipersembahkan sejak tujuh tahun penubuhan parti.
“Saya nak ulang lagi sekali, sekarang sudah ada 7,000 cawangan kenapa tak tambah kepada 10,000 cawangan. Sebelum akhir tahun mesti kena ada 10 cawangan di setiap bahagian.
“Saya nak melihat keahlian kita meningkat sampai satu juta, saya nak lihat cawangan kita meningkat sampai ke 12,000, saya tak mahu lihat ketua cawangan menghadkan cawangan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

