AHLI Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim mengesahkan telah menerima peruntukan daripada kerajaan setelah mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Memetik laporan Sinar Harian Online, Mohd Azizi memaklumkan, peruntukan berkenaan disalurkan menerusi Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan Unit Penyelelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (PPNK ICU JPM).
Bagaimanapun, beliau belum dapat memastikan jumlah peruntukan yang telah diterima itu.
Katanya, buat masa ini beliau memberi tumpuan kepada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Jadi saya belum merujuk perkara tersebut kepada pihak PPNK ICU JPM.
“Saya dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri bahawa peruntukan telah masuk melalui PPNK ICU JPM,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Kali Kedua (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Azizi yang juga ADUN Nenggiri berkata, beliau akan membuat tuntutan ke atas setiap perbelanjaan yang digunakan untuk membantu rakyat.
Baca artikel lain: Ditawar habuan satu fitnah, Ahli Parlimen Gua Musang mahu fail saman
Jelasnya, semua borang berkaitan tuntutan itu telah dibekalkan kepadanya.
Pada masa sama, Mohd Azizi berkata, Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik juga telah menerima peruntukan menerusi PPNK ICU JPM.
Menurut Mohd Azizi, beliau bersama tiga lagi ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang telah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri akan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu minggu hadapan.
Sebelum ini, empat ahli Parlimen pembangkang telah menyatakan sokongan kepada kepimpinan Anwar.
Selain Mohd Azizi dan Zahari, dua lagi wakil rakyat itu adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman.
Iskandar Dzulkarnain telah menerima hukuman penggantungan selama empat tahun manakala keahlian Suhaili dalam Bersatu pula digantung selama enam tahun.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

