Mohd Azizi tegaskan masih ahli Parlimen PN, sokong PM tanpa paksaan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

AHLI PARLIMEN Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim yang merupakan satu daripada empat wakil rakyat Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka menyatakan bahawa tidak sebarang paksaan dalam melakukan keputusan tersebut.

Perkara itu ditegaskan Mohd Azizi sebelum beliau mengutarakan soalan kedua pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, Mohd Azizi menjelaskan bahawa beliau masih lagi merupakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).

“Sebelum saya kepada soalan, saya sahkan bahawa sebagaimana terpampang di skrin, saya ahli Parlimen PN.

“Saya juga mengesahkan kenyataan dikeluarkan. Saya mengakui kenyataan itu daripada saya tanpa ada unsur paksaan atau sebaliknya. Itu semua ikhlas daripada hati,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi pemimpin Bersatu terbaru sokong PM Anwar

Beliau kemudiannya bertanyakan Perdana Menteri berhubung pendirian kerajaan Persekutuan terhadap Notis Petisyen yang difailkan dua wanita yang dilihat sebagai usaha mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Pada 7 November lalu, Ahli Parlimen Gua Musang itu menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri dengan memberikan alasan demi kebajikan penduduk di kawasannya.

Mohd Azizi menjadi ahli Parlimen ketiga daripada PN yang mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Anwar.

Oktober lalu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengambil tindakan sama.

Keputusan Mohd Azizi itu diikuti Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik dengan alasan permasalahan kos sara hidup dan himpitan keperluan asas yang dihadapi rakyat di kawasan tersebut termasuk isu pembangunan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas utus surat kepada Bersatu, beri cadangan perkukuhkan PN – Muhyiddin

PAS dilaporkan menghantar surat kepada Bersatu berkenaan hubungan di antara kedua-dua buah parti, selain cadangan-cadangan untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional...

More Articles Like This